Debaran
Hampir satu tahun berada di Newcastle. Jauhnya beribu-ribu batu dari kampung halaman. Khabar berita dari rumah hanya hinggap di cuping telinga melalui wadah teknologi 'Skype' ataupun bertukar pesanan melalui Whatsapp. Kalau dulu umi dan abah tidak pernah pun ambil pusing mengenai medan sosial di alam maya, sekarang mereka mungkin sudah jauh lebih arif.
' Berdebarlah umi.'
Sepotong ayat saya susun berhati-hati di ruang balas 'whatsapp'. Tidak mahu memberi tanggapan yang bukan-bukan. Emoticon konon comel bercucuran air mata ditambah di hujung ayat.
'seen'
***
Saya teruskan melipat kain baju untuk disusun satu persatu di dalam bagasi. Hanya sehelai dua baju sendiri yang ingin dibawa pulang. Selebihnya ialah hadiah, selonggok bar coklat ALDI dan pakaian baharu yang dibeli untuk ahli keluarga, juga beberapa buah periuk atau kuali leper berjenama Tefal. Rumah yang diduduki dalam masa lebih kurang 10 bulan kini kosong. Kembali lengang. Terimbau saat mula-mula memasuki rumah ini sebagai 'freshers'. Ulfah dan Farah sudah kembali ke Malaysia. Hanya tinggal saya dan Azie untuk mengucapkan selamat tinggal kepada segala kenangan yang kami bina disini dalam tahun pertama pengajian.
'Maassalamah'
Selamat tinggal Newcastle! Hanya untuk seberapa ketika sebelum kita ketemu kembali!
'Wa ilal liqa' '
Semoga kita berjumpa lagi.
Masih banyak pengalaman yang ingin saya cedok dari lubuk tarbiyah ini.
Dendangan bait-bait lagu 'Bila Waktu Telah Berakhir' oleh Opick memecah kesunyian dan menyentak diri daripada lamunan yang berpanjangan.
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya
Rupanya panggilan telefon daripada rakan sekelas saya yang berasal daripada Hong Kong. Ceria suaranya kedengaran di corong telefon, mengucapkan selamat menikmati cuti di samping keluarga. Terharu sungguh! Masih ingatkah dia dalam perbualan bersahaja kami, bila saya mengutarakan kebahagiaan saya ingin pulang lagi dua minggu ke tanah tumpah darahku-Malaysia?
Mengingati perkara-perkara kecil seperti tarikh lahir, peperiksaan yang dihadapi atau pun masa bermusafir rakan-rakan terdekat memudahkan kita untuk menjadi manusia yang prihatin. Memberi hadiah, mengucapkan 'tahniah' , 'selamat berjaya'.
Kind words worth much and cost a little.
Ini bahkan menjadi salah satu daripada kelemahan yang ingin diperbaiki oleh saya sendiri. Menjadi cakna kepada butir- butir kecil sebegini mungkin bukan dalam sifat semula jadi saya sebagai seorang yang 'sanguine'- dalam istilah psikologinya. Apatah lagi dalam mengingati nombor dan sebagainya. Namun ada gunanya memanfaatkan hobi suka menulis dengan mencatat perkara-perkara yang kita tidak mahu luput dalam ingatan.
****
' Along nak berdebar kenapa pula? Umi doakan yang baik-baik. Semoga cepat-cepat boleh bersama-sama kami semula!' balas umi setelah sekian lama menyepi.
'Hehe. InsyaAllah2!' jawab saya ingin mengubah kembali 'mood' perbualan kami.
Perbualan terhenti di situ. Kalau diikutkan sudah jauh lewat malam di tanah air. Musim panas di UK kadang-kadang membuat diri rasa masa itu bergerak maha lambat. Merangkak-rangkak menunggu hari seterusnya untuk kunjung tiba. Mungkin kerana masa siangnya yang hampir 21 jam. Mungkin.
Aneh debaran ini!
Kerana bukan dek gerun ingin menaiki pesawat Boeng triple 7 gara-gara musibah MH370, atau resah menanti 'jetlag' sesudah tiba. Jauh sekali.
Expectation.
'Without expectation, there will be no disappointment'
Ini kerisauan saya yang sebenar.
Janji-janji untuk pulang dan berbakti.
'Tak lama lagi bolehlah umi rasa masakan along.'
'Bulan puasa ini, boleh temankan ummi abah ke masjid.'
'goyang kakilah umi kali ini'
Meletakkan hak-hak ini di tempat yang sepatutnya. Melangsaikan hutang-hutang keringat untuk mereka yang menuntut.
Hakikatnya cuti yang ada mungkin perlu dibahagi-bahagi antara keluarga,jamaah masyarakat umumnya, rakan-rakan dan diri sendiri.
Alhamdulillah detik ini, susuk ini sudah berada di samping keluarga. Namun ternyata telahan saya benar. Satu pertiga daripada Ramadan terpaksa saya luangkan dalam musafir melunaskan hak yang ada pada tanggungjawab di kolej lama dan sebagainya. Dan masih ada tarikh-tarikh yang tercatat untuk saya ikuti program2 volunteering. Naudzubillah daripada sebarang lemparan perasaan dalam hati ini untuk merasa diri ini tersangat sibuk padahal saya masih boleh berjalan-jalan sekitar penang baru-baru ini, keluar bersama teman-teman dan menikmati cuti selayaknya muda-mudi tengah bercuti. Cuma yang ingin saya tekankan ialah bagaimana ingin mengimbangi perhatian dan tumpuan kita? Saya mohon dijauhkan daripada rasa terkilan ahli keluarga bila selalu keluar rumah walhal anak mereka yang sudah lama tidak pulang ke rumah ini begitu mereka harapkan/ 'expect' untuk senantiasa berada di depan mata mereka.
This expectation. I fear.
Oleh sebab itu. Laju saya menjelaskan kepada keluarga niat ingin jadikan cuti ini lebih produktif. Beritahu awal-awal program-program yang nak disertai. Yang terpenting, make yourself at home- when you are. Jangan sampai langsung tiada beza keberadaan kita di rumah, baik dari segi beban kerja atau kualiti masa yang diluangkan bersama ahli keluarga. Ambil peluang untuk berbual. Sebenarnya banyak yang ingin mereka kongsikan sepanjang ketiadaan kita.
Teringat sewaktu menelusuri hari-hari di Kolej Yasasan UEM (kyuem), kebanyakan panggilan telefon ke rumah menyaksikan diri ini membuat keputusan untuk lebih banyak berdiam diri daripada bayak bercakap meluahkan resah di hati dan lebih banyak mendengar walau rasa ingin berkongsi. I guess this is one of the character possessed by the first child in the family. Banyak memendam. Sebab terkadang meluahkan resah gelisah lantaran permasalahan yang dihadapi mungkin tidak membawa apa-apa penyelesaian melainkan menimbulkan kerisauan orang-orang yang kita sayangi. Jadi, selalunya perbualan telefon itu akan diakhiri dengan pintaan doa daripada mereka. Moga-moga masalah saya terlerai dan diberi jalan keluar.
****
This little girl has never changed a bit. I've grown matured and may not sound like who i used to be, or act the way I ever did before. But, I'm forever your daughter.
May Allah bless them both, and grant them Jannah.
Teringat sewaktu menelusuri hari-hari di Kolej Yasasan UEM (kyuem), kebanyakan panggilan telefon ke rumah menyaksikan diri ini membuat keputusan untuk lebih banyak berdiam diri daripada bayak bercakap meluahkan resah di hati dan lebih banyak mendengar walau rasa ingin berkongsi. I guess this is one of the character possessed by the first child in the family. Banyak memendam. Sebab terkadang meluahkan resah gelisah lantaran permasalahan yang dihadapi mungkin tidak membawa apa-apa penyelesaian melainkan menimbulkan kerisauan orang-orang yang kita sayangi. Jadi, selalunya perbualan telefon itu akan diakhiri dengan pintaan doa daripada mereka. Moga-moga masalah saya terlerai dan diberi jalan keluar.
****
This little girl has never changed a bit. I've grown matured and may not sound like who i used to be, or act the way I ever did before. But, I'm forever your daughter.
May Allah bless them both, and grant them Jannah.
Cuti masih berbaki dalam lebih kurang 4 minggu.
Alangkah!
xx
No comments:
Post a Comment