Tuesday, 12 August 2014

'Akak, saya tak reti. Kalau salah malulah!'

12/08/2014 
Catatan Kem Bahasa Inggeris



 Nota handmade 

Buku 'Easy English' tulisan Pn. Norbi, guru bahasa Inggeris saya suatu ketika dahulu kembali ditelaah. Helaian demi helaian. 

'Ish, susah juga nak pendekkan penerangan basic grammar nih!' keluh diri.

Tidak tahu mana hujung dan pangkal. Kalau masih ingat pelajaran bahasa Inggeris di bangku sekolah dahulu, ia bukan setakat peraturan atau 'rule' present tense, past tense,  past perfect tense dan pelbagai 'tense' yang lain. Ada banyak lagi peraturan2 seperti gerund form, passive voice, atau penggunaan article 'a', 'an' dan 'the'.
 Boleh tahan grammar freak lol.
... Sebab jatuh hati saya pada bahasa ini bermula dengan grammar, dan barulah seterusnya melalui pembacaan. 

Ada nilai sentimen yang tersendiri. 

Tidak adil untuk mengharapkan anjakan paradigma dalam penguasaan tatabahasa pelajar-pelajar ini dengan hanya pembelajaran tidak sampai sehari. Rome is not built in one day.

Jadi, saya berfikir mungkin lebih sesuai untuk memberi lebih fokus kepada menilai 'tenses' untuk mereka aplikasikan sekurang-kurangnya di dalam karangan mereka. Berhati-hati saya menjaga tulisan yang (selalunya berangkai dan tidak begitu mudah dibaca) supaya isi/ point2 penting dapat disampaikan dengan jelas. Alhamdulillah! Berjaya menyingkatkan nota grammar kepada satu helai kertas dengan dua muka surat-hand written. Tidak mengambil masa yang lama pun. but, I'm very pleased with myself- hanya salah satu self achievement dalam rekod peribadi. :D


 Be like a duck, calm on the surface but always paddling like the dickens underneath - Michael Caine


Of course, nowhere close had this short quote described myself. Saya bercakap tentang mereka yang lebih banyak meluangkan masa dan buah fikiran mereka untuk menjayakan program ini walau mungkin tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Yang merangka modul, permainan dan lain-lain. Mastermind untuk bahagian masing-masing. 
Jadi inspirasi. Take it slow and easy. I'll be there.



Mempelajari beberapa 'vocabulary' dalam bentuk flash card dan menggunakannya
kembali dalam permainan susun silang kata.
Program diadakan di SMU Tarbiyah Islamiah yang terletak di Chabang 4, Tumpat, Kelantan. Kami terdiri daripada beberapa pelajar daripada UK/EIRE yang masih dalam percutian musim panas dan turut disertai beberapa rakan yang lain. Seorang daripada junior KY , Fatin, yang merupakan bekas
pelajar di sekolah tersebut, mengusulkan cadangan menjalankan 'Kem Bahasa Inggeris' ini.

Keseluruhan pelajar berjumlah 85 orang termasuk pelajar tingkatan 2 dan 3.
Mereka dibahagikan kepada 8 buah kumpulan ( 4 group lelaki dan 4 group perempuan)


 Malu bertanya, sesat jalan. Malu berbicara, rugi pelajaran.   


'Akak, saya tak reti. Kalau salah malulah!' kata salah seorang pelajar. 

Wajahnya cuak sungguh. Seperti baru berbuat kesalahan lagaknya mati-mati tidak mahu kedepan. Kelihatan pelajar-pelajar (muslimat) yang lain ada yang tunduk ke lantai, ada yang sibuk membelek helaian nota, ada yang bertukar pandangan sesama mereka sambil berkata 'Eh, kaulah,' dan tak kurang yang berani bertentang mata sambil berbisik dari jauh 'jangan saya ya kak!'

Oleh kerana golongan pelajar perempuan kelihatan lebih pasif, fasilitator diarah untuk memilih secara rawak sahaja sesiapa yang berkenan di hati untuk secara paksa rela tampil kehadapan. Permainan 'sudopardy' yang merupakan gabungan antara 'sudoku' dan 'jeopardy' menghiburkan mereka pada satu slot program. 

Kepada yang berani tampil kehadapan, mereka diberi hadiah khas yang disediakan pihak fasilitator.
Salah satu task yang perlu dibuat ialah 'read it out aloud' selain perlu menjawab soalan yang tertera di slide di hadapan mereka. 
I've been there before. Memang untuk keluar berdiri dan bercakap di hadapan sekalipun, bukan sama cabarannya terasa bagi setiap orang. Betulkah pronunciation? Apa yang rakan-rakanku fikir-terhegeh-hegeh ingin berbahasa asing ( retok botol budu ore kato)? Bagaimana kalau jawapan yang diberi itu salah? Aduh, malu!




Tapi, the only way to break away from the cycle is by simply freeing yourself from what people think of. I can never forget the way KY give a difference in my life.

***

Sejak dari mula belajar, hatta dari peringkat pra-sekolah hinggalah sekolah menengah, tidak sekali pun pernah keluar dari kelantan dan saya belajar di sekolah yang 'biasa-biasa' sahaja (bukan mrsm/sbp). 
The way I interact with people is different. 
The way I thought how people supposed to -and must have, act is also different. 

 Hence, even the first few month before getting to KY,
 I find how different they could be from my forever built perception in my head, half meeting these people through social media bila masuk group fb Ky and getting pranks or harsh comments for pure innocence. And that dreadful orientation week. Adakah mereka tidak memikirkan sesetengah golongan yang lain bila mereka decide untuk buat sesuatu perkara? I'm sorry ini agak off topic. But, I have to take a few step back so I can walk again at that moment. Bukan semua orang biasa dengan secara tiba-tiba orang di sekitar mereka converse in BI, bukan semua orang boleh faham bila akak2 abang2 sentiasa nak marah dan tak compassionate di hari2 pertama di tempat baharu (konon tradisi) , atau prank tak berkesudahan dan permintaan2 tak rasional seperti menyanyi di dewan makan. Mungkin biasa bagi setengah orang-even majoriti, tapi bukan semua. Mungkin ada yang rasa sangat terseksa dan the only choice they have is to hold on. Nak mengadu kat parents? buat risau mereka kat kampung je. Nak tukar study kat lain? We come sponsored remember? 
So, I decided to get into Student Council. At least, I'll be that person who'll recognised these people and act the way I wish people would at that time. 

I can't even believe myself to have ever been on that great hall's stage giving my manifesto.
My English at that time is fairly good but I'm not used to impromtu question and answer session, what not, in front of that many people- some, I'm scared of.

But, that is also my first step of freeing myself from what people thought of. Albeit, very insignificance to many people. To me, it is a huge leap. Tergagap-gagap nak menjawab soalan pasal religion-wise pulak tuh as I was a candidate for religious exco (note : not catering muslims only).  Being in Kelantan, honestly,  kat ky is the first time I ever have Indian and Chinese friends.

Kalaulah malu yang nak difikirkan, saya mungkin tak akan pernah belajar.


'Kalau kita malu untuk buat salah, kita tak akan tahu apa yang betul.'


Itu pesanan saya buat mereka. 


My group. Berjuruh belako :')


 Impian melangit di awan sana 


Para fasilitator berkumpul untuk memilih buku skrap yang paling menarik. Bersungguh-sungguh mereka menampal huruf-huruf daripada keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan. Ayat-ayat disusun rapi. Sekali-sekala bertanya maksud sesuatu perkataan dalam bahasa inggeris. Ada yang membelek kamus dwibahasa.
Topik yang diberi untuk setiap kumpulan ialah berbeza.  Boleh jadi perihal 'our favourite past time', 'into the jungle', banyak lagi yang lain atau yang satu ini- 'Our dreams'.

'My dream is to travel around the world by my own ship'

'My dream is...'

'One day, I will ..'

Membaca coretan mereka, dan melihat kepingan gambar2 yang disusun atas lembar kertas sangat menyejukkan jiwa dan membenihkan harapan.

Truly, the sky is the limit. 
Semoga cita-cita mereka tercapai suatu masa nanti.

Di akhir program, kami disapa teacher mereka. 
Begitu murah dengan senyuman. 

'Tahun hadapan datanglah lagi bersama-sama pelajar di sini,' ujar beliau.

Diam melayan perasaan.



kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu lagi.




xxx






2 comments:

  1. Nice! (Y)
    Selamat menghabiskan sisa2 cuti ye dik. Semoga bermanfaat. ;-)

    ReplyDelete