Wednesday 1 June 2011

amanah agama!

bismillahirahmanirrahim...

assalamualaikum..
sbnrnya i wanna write about this dri smlm lg, tp x smpat la... blik dr msjid bsr pasir mas,, tertarik sngt dngn intipati kuliah maghrib yg smpt sy hadam dlm wktu yg sdikit tu..

    sahabat sekalian, smpai shja di msjid ya, kelihatan segenap ruang msjid dpnuhi, dlm 2 saf shaja klau bhagian akhawat ni.. hmm, dan majoritasnye yg menginjak usia tua-maaf,realiti.. anak2 muda mungkin bnyk perkara ingin dibuat* termsuk diri ini yg bkn slalu jd ahli kuliah maghrib ni ... kesal rsanya, maafkn hambaMu ini sbb sllu ruang masa dipruntukkan utk perkara lain wlhal bnyk lg perkara baik boleh dilakukan.hmm

     Berbalik kpd intipatinya,-bnyk beli ikan kerapu plak aku ni =.=.... 

 hari ni diceritakan tentang peranan sorg manuasia sbg pemikul amanh agama... apakah? amanah agama merupakan stu tanggungjawab yg mana, dlam kehidupan seharian, kita perlu mengangkat martabat agama,mmpertahankannya, dan melakukan apa pun untuknya. bagaimanakah? bukan semua org diplih Allah utk mempertahankan agama.


'semakin dekat seseorang itu dengan agamanya, semakin kuat Tuhan ingin mengujinya"

   demikian diceritakan kisah Masyitah @ tkang sikat rambut kerabat Firaun...ini merupak contoh manusia terdahulu yg amat memegang amanah agamanya! Subhanallah...

Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.


.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata "Mampus Firaun!". Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia bertanya, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" Jawab Masyitah, "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyitah bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa engkau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."


.
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya, keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua ahli keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.


Keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.

.
Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.


Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.


.
Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.
.

jadi, tergolong lah, Masyitah dlm golongan org2 yg diredhai Allah s.w.t. klau ditempatkan kite barangkali atau sesiapa sahaja, mungkin teragak2 pd saat ditanya oleh anak firaun itu, dan sboleh2 ingin berdalih..tp sahabatku, mari kite mengambil iktibar dr kisah ini dan menjadi muslimin yg teguh dlam mempertahankan agama! dimana pun kita, meski di bumi asing di tengah2 kelompok jahiliah, marilah kita mempertahan kan agama kita... berani kerana benar, Allah pasti bersamamu.. Yakin lah! * nasihat kepada diri yg slalu khilaf juga..

No comments:

Post a Comment